Tips Cara Melancarkan Sambungan Internet
Haaa..kali ni aku nak kongsi beberapa tips untuk sambungan internet anda supaya lebih lancar..mungkin agak bosan dan marah apabila internet kita slow mcm siput tut tut..hehe.
cara ni dah lama orang guna tapi aku saja nak kongsikan semula kepada kalian semua..
software ni agak ringan laa hanya (680kb) je..ia adalah Tcp Optimizer sekarang dah versi 4.0 sesuai diguna untuk semua pc.
cakap banyak pun tak guna jom kita mulakan..:)
Ni ada sedikit penerangan pasal perisian ni..Tapi aku percaya yang anda semua bukan nak
baca pun kan..haha..:P baca sikit untuk tambah ilmu pegetahuan...
TCP Optimizer merupakan perisian yang tidak perlu anda install tetapi boleh melajukan Internet dengan mengubah settings-setting yang ada di dalam komputer anda. Anda boleh memilih kelajuan hubungan anda ke Internet. Sebagai contoh anda tahu Internet anda lajunya ialah 5mbps (megabit setiap saat), jadi anda boleh tekan slider yang ada di dalam perisian itu, kemudiannya apply settings. Anda mungkin kena restart komputer atau sambungan ke Internet anda.
Program ini direka khas unuk meningkatkan kelajuan sambungan internet anda, tetapi ia juga sesuai untuk mereka yang tidak berpengalaman. Dengan kata lain, TCP Optimizer yang dicipta oleh SpeedGuide ini merupakan software yang boleh melajukan Internet dan broadband.
Jika anda newbie, anda akan sukakan perisian ini. Ia amat-amat mudah digunakan.
Untuk menggunakan perisian ini takde lah susah mana..tak perlu setting apa-apa..hanya tandakan (tick) di ruangan Choose settings itu pada kotak Optimal dan klik Apply changes.
Selain itu juga faktor browser yang kita guna memainkan peranan yang penting untuk melancarkan sambungan internet,Setiap browser dilahirkan berbeza. Ada browser yang lebih laju berbanding yang lain. Sebagai contoh, di dalam browser test yang dijalankan oleh Toms Hardware, kita dapati bahawa pelayar Internet paling baru dan paling laju ialah Google Chrome. Tetapi, jika anda memerlukan addons yang ada di dalam Firefox, anda juga boleh download dan installnya sebagai browser kedua anda. Opera juga mampu memberi saingan kepada dua browser diatas...
anda boleh mendapatkan browser disini
-->> Google Chrome
-->> Mozilla Firefox
-->> Opera
Semoga memberi manfaat kepada anda semua..!
Credit to :
-All browser web
-Speedguide.net
anda boleh mendapatkan browser disini
-->> Google Chrome
-->> Mozilla Firefox
-->> Opera
Semoga memberi manfaat kepada anda semua..!
Credit to :
-All browser web
-Speedguide.net


No comments:
Post a Comment